Malam yang panjang

           Malam yang panjang
         
       Alhamdulillah…hari yang amat diberkati. Segala urusan hari ini selesai dengan begitu sempurna.  Bacaan harian al-Quran berjaya dikhatamkan, mesyuarat persatuan dan sekaligus selesai mengulangkaji pelajaran-pelajaran kuliyah sepanjang hari  ini. Kupandang target yang ditampal di meja study. Alhamdulillah..satu persatu target hari ini sudah berjaya dilaksanakan.  Terima kasih Ya Allah, Tuhan Yang Amat Pemurah Lagi Maha Penyayang.

         Mata seakan-akan tak sabar lagi untuk dilelapkan. Kesiannya.. Baiklah,sekarang tiba masanya untuk menunaikan hak kepada badan, ‘teman rapat’ yang telah begitu banyak berbakti sepanjang hari ini dengan penuh taat dan kerjasama yang padu!

         Selesai berwudhuk, kusarungkan stoking lalu merebahkan tubuh di katil. Hirom seberat sepuluh kilogram telah pun berada di atas badanku. Selesai membaca doa tidur dan mengucap,kulelapkan mata.
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mafhumnya,
Apabila engkau hendak tidur, berwuduk lebih dahulu seperti wuduk untuk solat. Sesudah itu berbaring ke kanan, dan bacalah: 

         “Ya, Allah! Ku berserahkan diri ku kepada Engkau, ku serahkan segala urusanku kepada Engkau, aku berlindung diri kepada Engkau dengan pengharapan (beroleh kebaikan) dan takut (mendapat seksa); tidak ada tempat berlindung dan tempat mencari keselamatan, hanyalah kepada Engkau. Ya, Allah! Aku percaya dengan Kitab yang Engkau turunkan dan kepada Nabi yang Engkau utus.’ Kalau kamu mati malam itu, maka kamu mati dalam Islam. Dan jadikanlah doa itu sebagai akhir pembicaraanmu (tidak berkata-kata lagi sesudah itu).
(Hadis Sahih Bukhari )

           Dalam kegelapan malam yang pekat,disusuli bunyi angin bagai tiada mahu henti terus berhembus kencang di luar. Masya-Allah..aku terlalu selamat dan aman di dalam rumah ini. Musim sejuk amat menduga. Bagaimanalah keadaan saudara-saudaraku di  Syria sana.. Dibedil rejim Bashar Syiah yang tiada ada rasa kasihan dan perikemanusiaan! Umat Islam Sunni bagai ingin disapu bersih dari bumi itu! Selamatkanlah mereka ya Allah, kuatkan mereka di medan syahid, serta lemahkan hati para musuh. Hatiku merintih dan berdoa..

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjingMu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengaerakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
Aminn..


Tidak ada komentar:

Posting Komentar